Saturday, 28 March 2015

Kemerosotan nilai matawang.


Kemerosotan nilai matawang MYR kian berterusan. Apakah yang seterusnya akan terjadi pada ekonomi kita sekiranya kerajaan gagal membendung masalah ini? Apakah solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

Sekiranya Kerajaan gagal membendung masalah kemerosotan matawang MYR, ekonomi Negara kita juga akan semakin merosot. Dengan kejatuhan nilai matawang MYR ini, akan menyebabkan kita tidak lebih berdaya saing, terutama jika dibandingkan dengan jiran kita yang nilai mata wang mereka juga jatuh. Selain itu, kemerosotan matawang kita juga boleh menyebabkan import menjadi lebih mahal. Harga barang-barang yang dibeli di luar Negara akan menjadi meningkat kerana nilai matawang kita merosot. Kenaikan harga barang-barang yabg diimport akan memberi kesan inflasi yang ketara.
Solusi terbaik untuk menyelesaikan masalah kemerosotan nilai matawang MYR ini adalah yang pertama sekali, kita harus mencari tunjang kepada ketidakstabilan ekonomi hari ini. Rata- rata institusi kewangan dan perdagangan mengamal konsep faedah dan interest yang bermaksud, menambah nilai kepada sesuatu pinjaman atau simpanan.

Seterusnya,mata wang kertas yang di gunakan di seluruh dunia kini seharusnya di nilai semula. Mari kita tinjau apa yang dimaksudkan dengan wang itu sebenarnya. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, wang bermaksud alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan dikaui sah, duit: satuan. Adakah wang kertas mempunyai nilai atau ia diberi nilai? Ternyata, wang kertas sama sekali tidak mempunyai nilai intrinsik, ia hanya satu bentuk nota perjanjian yang yang dikeluarkan oleh kerajaan sebagai penjamin untuk memperkaukan sah nilai yang tercetak di atas nota terbabit. Oleh kerana kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pengeluarannya, maka apabila kerajaan tersebut jatuh, nilai wang kertas Negara tersebut juga akan jatuh dan menjadi tidak bernilai seperti mana yang pernah Negara kita hadapi semasa zaman penjajahan Jepun yang melibatkan wang pokok pisang.


Wang kertas mampunyai perbagai kelemahan dan kelemahan yang terbesar adalah wang kertas tidak mampu menangkis masalah inflasi. Infasi merujuk Kamus Dewan edisi keempat bermaksud kemerosotan nilai mata wang kerana banyaknya wang yg beredar dan menyebabkan harga barang-barang naik. Wang kertas mengalami masalah inflasi kerana ia sentiasa dikeluarkan dan nilainya akan sentiasa tersusut dari masa ke semasa manakala harga barangan pula semakin tinggi. Individu bekerja siang dan malam namun masih tidak mampu keluar dari kepompong kemiskinan kerana nilai wang kertas sentiasa susut mengikut kadaran masa.

(^^)

Friday, 27 March 2015

35 PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

 DR FADZILAH KAMSAH
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Thursday, 19 March 2015

Permulaan :)











¤Janganlah malas dan bosan
mencari ilmu, karena bila hal itu
terjadi maka engkau berada
dalam bahaya kesesatan.
Sesungguhnya setan begitu
mudahnya menyesatkan orang-
orang yang tak ber'ilmu.


¤bersungguh- sungguhlah
mencari ilmu, karena dengan ilmu
hidup jadi mudah. Dengan ilmu
pula manusia jadi mulya.


¤Bila dalam hidupmu engkau
begitu sangat membutuhkan
OTAK, maka engkaupun juga
harus memenuhi kebutuhan otak.
Apa yang dibutuhkan otak? Tidak
lain hanyalah ilmu.


¤Menuntut ilmu adalah jihat,
mengulang- ngulangi pelajaran
adalah dzikir, Mengamalkan ilmu
adalah ibadah dan membagikan
ilmu adalah sedekah.


¤orang yang tidak menyukai ilmu
berarti ia senang hidup dalam
kebodohan. Dan tidak ada
kemulyaan bagi orang yang
demikian itu.


Semoga bermanfaat.