Thursday, 16 April 2015

Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab

Soalan :
Pada pendapat profesor, bilakah waktu yang sesuai kita mengulang kaji dan mengingati semula pelajaran kita?

Jawapan :
Pertama sekali, sebelum kita mengulang kaji, kita perlu membuat aktiviti yang dipanggil preview. Preview adalah aktiviti mengkaji dan membaca subjek itu sebelum kuliah bermula. ini bermakna, sebelum kita hadir ke kuliah, kita perlu membaca subjek itu dahulu.
 
Orang yang normal seperti kita, perlu ada pendedahan sementara untuk setiap subjek. Elakkan daripada masuk ke dalam kelas dengan minda yang kosong. Sebaik-baiknya, kita mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan subjek yang akan disampaikan oleh guru. Semasa dalam kuliah pula, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya. Tandakan pada muka surat yang kurang kita fahami semasa kuliah itu berlangsung. Kita mudah lupa selepas kuliah apabila tidak membaca dalam tempoh 24 jam.

Pengalaman saya, pelajar tidak berjaya kerana mereka tidak mengulang kaji semula pelajaran yang mereka dapati dalam kuliah. Apa yang mereka pelajari pada pagi tadi, tidak diulang kaji pada malamnya. Sebaik-baiknya, pada malam hari yang sama, baca semula apa yang kita sudah pelajari dan buat rumusan.

Ini bermakna, kita 'makan sedikit-sedikit' rumusan itu. Apabila kita membuat rumusan, kemudian kita bincangkan, hasilnya pasti lebih kemas.

Kita perlu mengulang kaji bukan ketika mahu menghadapi peperiksan sahaja, tetapi kita mengulang kaji pelajaran pada setiap hari.

"kita menjadi lupa, sekiranya kita tidak membaca daam tempoh 24 jam"



Mary Kathlyn Wagner adalah seorang ahli perniagaan Amerika yang merupakan pengasas, pengasas Mary Kay Kosmetik. Beliau juga di kenali sebagai Mary Kay Ash.  Beliau dilahirkan pada 12 Mei 1918 di Hot Wells, Texas, Amerika Syarikat. Ibu beliau bernama Lula Vember Hastings Wagner dan bapa beliau bernama Edward Alexander Wagner. Beliau mempunyai pendidikan di University of Houston and John H. Reagan High School. Beliau telah mati meninggalkan dunia ini pada 22 November 2001 di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Mary Kay Ash telah berkahwin dengan Ben Rogers pada usia 17 tahun. Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak beliau bernama Richard Rogers, Marilyn Rogers dan Ben Rogerss. Namun begitu, Mary Kay Ash bercerai dengan suaminya pada tahun 1945 setelah suaminya kembali daripada berkhidmat dalam Perang Dunia II. Mary Kay Ash telah berkahwin dengan George Arthur Hallenbeck selepas perkahwinan pertamanya gagal.

Sebelum beliau menjadi pengasas Mary Kay, beliau telah bekerja untuk Stanly Home Product. Setelah itu, beliau bersara pada tahun 1963 dan bertujuan untuk menulis sebuah buku untuk membantu wanita dalam perniagaan. Beliau dan suami barunya telah merancang untuk membuka perniagaan Mary Kay Cosmetics. Walau bagaimanapun, satu bulan sebelum beliau dan suaminya melancarkan perniagaanya itu, suaminya telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Satu bulan selepas suaminya meninggal dunia, iaitu pada usia 45 tahun, beliau telah memulakan perniagaan Mary Kay Cosmetics. Syarikat itu mula beroperasi asalnya di Dallas.

Dalam perniagaan, beliau sangat dihormati. Hal ini kerana beliau bukan sahaja terkenal dengan gelaran usahawan yang berjaya, malahan beliau juga dikenali dengan gelaran dermawan. Beliau mempunyai slogan yang selalu di pegang iaitu “Tuhan pertama, keluarga kedua, kerjaya ketiga”.                                                                                                                                                         
Beliau berjaya dalam perniagaan kerana beliau adalah seseorang yang mempunyai ciri-ciri seorang yang berjaya. Antaranya adalah Mary kay Ash seorang yang proaktif. Beliau tidak akan menunggu arahan untuk melakukan sesuatu, sebaliknya beliau akan memikirkan idea baru untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Selain itu, beliau juga seorang yang berusaha keras. Beliau berusaha untuk berjaya dalam perniagaan beliau. Beliau sanggup menempuh kesusahan dan kepayahan demi mencapai kejayaan dalam perniagaan beliau.


        SEJARAH PENDIDIKAN
Mary Kay Ash adalah seorang wanita yang bersemangat dan berwawasan tinggi. Pengalaman hidup zaman kanak-kanak beliau memberi satu inspirasi dan semangat untuk beliau terus berusaha mencapai kejayaan kelak. Oleh kerana kesihatan bapanya tidak begitu baik, ibunya lah yang bekerja selama 14 jam sehari di sebuah restoran makanan tempatan untuk menyara keluarganya. Ibunya sentiasa memberi kata-kata semangat kepada beliau, “anda boleh melakukannya”. Itulah kata-kata yang sentiasa diberikan kepada beliau.

Mary Kay Ash mendapat pendidikannya di John H. Reagan High School. Beliau seorang yang rajin dan bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru. Dengan pengalaman hidup yang dilalui, beliau belajar bersungguh-sungguh dan bertekad untuk mengubah hidupnya yang susah menjadi lebih baik.
Setelah lulus pada peringkat sekolah tinggi, beiau layak meneruskan pembelajarannya di University of Houston. Beliau adalah seorang pelajar yang berdaya saing dalam setiap apa yang beliau lakukan di universitinya. Beliau juga adalah seorang yang melakukan setiap kerja dan tugasan beliau dengan baik. Beliau juga sering mengikuti program-program pengucapan awam dan debat.

Beliau mempelajari mengenai dunia perniagaan dengan pengalaman beliau bekerja sebagai penjual pelbagai jenis produk. Mula-mula beliau menjual buku-buku. Kemudian, beliau melawat rumah-rumah rakyat untuk menunjukkan produk penjagaan rumah. Mary Kay Ash belajar dari pengalaman beliau. Semasa beliau bekerja, penyelia beliau memuji kerjanya, tetapi beliau tidak dinaikkan pangkat. Malah, pekerja lelaki yang dinaikkan pangkat. Oleh itu, Mary Kay Ash percaya bahawa lelaki tidak percaya wanita boleh berjaya dalam perniagaan.

                                                                                                                           
         JATUH DAN BANGUN    
Mary Kay Ash membuka kedai pertamanya di Dallas, Texas, pada 1963. Ash memulakan syarikatnya apabila beliau telah bersara daripada bekerja dibawah arahan orang. Dua tahun kemudian, pada 1965 , syarikat itu telah menjual hampir satu juta dolar produk . Mary Kay pernah berkata bahawa kejayaan datang cepat kerana dia tidak mempunyai masa untuk dibazirkan. Semasa beliau memulakan perniagaan beliau berusia empat puluh lima tahun. Oleh itu, masa yang ada tidak boleh di sia-siakan.

"Saya seperti seorang ibu yang mahu memberikan anak-anaknya perkara yang dia tidak ada," beliau mengaku dalam People. "Saya mahu memulakan sebuah syarikat di mana seorang wanita biasa menjadi seorang wanita yang luar biasa”. Syarikat yang dibina ini adalah menjual pruduk penjagaan kulit. Pada awalnya, Mary Kay Ash memilih sembilan wakil jualan untuk menjual produk Mary Kay Cosmetic.

Wakil-wakil jualan adalah pekerja bebas. Mereka membeli produk daripada syarikat dan menjual semula dengan harga yang lebih tinggi kepada para pelanggan baru. Mary Kay memutuskan bahawa setiap wakil yang membawa wanita jualan lain ke dalam syarikatnya,mereka akan menerima sebahagian daripada pendapatan orang yang baru. Dengan cara itu, wakil jualan yang mempunyai pengalaman akan bersedia untuk membantu melatih ahli baru dalam perniagaan tersebut.

Mary Kay adalah seorang yang prihatin. Beliau memberitahu pekerja-pekerja wanita beliau bahawa mereka perlu mengutamakan Tuhan. Kedua keluarga dan etiga kerjaya mereka. Mary Kay Ash juga memberitahu bagaimana untuk menjadi seorang isteri da ibu yang baik. Pada masa yang sama beliau juga memberitahu bagaimana cara untuk mengecapi kejayaan dalam kerjaya mereka.



3.0         CABARAN YANG DIHADAPI DAN CARA MENGATASI
Mary Kay Ash telah menghadapi pelbagai cabaran untuk beliau menempah kejayaan sebagai wanita yang sangat berjaya. Antara cabaran yang beliau hadapi adalah etika usia beliau masih lagi kanak-kanak. Kesusahan keluarga sangat mencabar untuk beliau meneruskan hidup. Ketika usia beliau masih kecil, beliau berada dala keadaan keluarga yang susah. Bapa beliau lumpuh dan tidak dapt menara keluarga. Ibunya pula yang terpaksa bekerja kuat untuk menyara keluarga. Ibu beliau bekerja selama 14 jam sehari di restoran. Urusan di rumah seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya adalah tugas beliau.

Selain itu, cabaran lain yang di hadapi adalah semasa beliau bekerja di bawah arahan orang lain. Budaya dunia perniagaan yang didominasi oleh lelaki menjadi cabaran besar buat beliau. Semasa beliau bekerja sebagai penjual produk dari rumah ke rumah, beliau telah mendapat pujian yang bagus daripada pengurus beliau. Namun begitu, seorang lelaki yang di ajar oleh beliau di naikkan pangkat dan gajinya lebih tinggi dari gaji beliau. Oleh iu, beliau mengambil keputusan untuk bersara awal.

Selepas bersara, Mary Kay Ash menulis panduan kerjaya yang akan membantu wanita lain mengelakkan perangkap kehidupan bekerja yang telah dicemari. Beliau mula membuat nota dari semua pengalaman negatif beliau dalam dunia perniagaan. Selain itu, beliau juga menulis pengalaman positif yang mungkin membuatkan produktiviti lebih baik dan membuat pekerja lebih yakin. Dalam tempoh seminggu, satu pelan tindakan untuk jualan langsung syarikat-syarikat telah disiapkan oleh beliau. Kemudian, idea untuk memulakan syarikat sendiri dalam perniagaan jualan langsung ini tercetus dalam mindanya.

Sebulan sebelum perniagaan Mary Kay di tubuhkan, suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung di meja makan sewaktu sarapan. Peguam beliau tidak menggalakkan beliau daripada meneruskan rancangan perniagaannya. Hal ini kerana, Mary Kay Ash tidak memberikan perhatiannya terhadap perniagaannya. Apa yang ada dalam fikirannya adalah kesedihan terhadap pemergian suaminnya. Namun begitu, pada 13 september 1963, beliau telah berjaya melancarkan Produk Kecantikan Mary Kay.


    
  KEJAYAAN BELIAU DAN SYARIKAT
Produk Mary Kay kini semakin dikenali ramai. Ramai pelanggan yang telah mencubai set kosmetik Mary Kay ini. Ramai juga yang sangat berpuas hati dengan keberhasilan menggunakan produk Mary Kay ini. Produk Mary Kay ini lebih khusus untuk produk penjagaan kulit untuk kaum wanita. Oleh sebab itu, produk Mary Kay ini sememangnya telah berkembang pesat.

Syarikat Mary Kay telah menjual produk bernilai satu juta dolar dalam tempoh dua tahun. Kejayaan ini berlaku selepas Mary Kay Ash di temuduga di CBS’s 60 minutes. Beliau memohon strategi memberi insentif lebih baik kepada pekerja. Stategi ini berhasil dan menjadi salah satu sebab kejayaan syarikat Mary Kay.
   
Selain itu, Mary Kay Ash juga telah berjaya menulis tiga buah buku paling laris semasa hayatnya. Antaranya adalah Autobiografi beliau “Mary Kay” telah terjual lebih daripada satu juta salinan dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Selain itu, “Mary Kay on People Management” juga adalah jualan buku terbaik yang telah dimasukkan ke dalam kursus-kursus perniagaan di Harvard Business School. Buku lain yang turut laris jualannya adalah buku “You Can Have It All”.

Mary Kay Ash telah menubuhkan “Kebajikan Mary Kay Ash” pada tahun 1996.  Objektif utama yayasan ini ditubuhkan adalah untuk mengumpul dana bagi memerangi keganasan rumah tangga dan kanser.

Pada tahun 2001, anak lelaki beliau iaitu Richard Rogers menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay Inc. Pada waktu itu, syarikat itu memunyai lebih 800,000 wakil di 37 buah negaradengan jumlah jualan tahunan lebih $ 2 billion pada jualan runcit.


         ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
Mary Kay Ash telah banyak menerima pujian daripada kumpulan perniagaan. Beliau juga telah menerima Anugerah Alger Horatio. Pada tahun 1966, Mary Kay Ash telah di masukkan ke dalam Pencapaian Junior Dewan Perniagaan AS. Pada tahun 1980 pula, Mary Kay WASD telah menerima Anugerah Plat Emas, Pencapaian Akademi Amerika.

Selain itu, pada tahun 1983, Mary Kay Ash telah disenaraikan sebagai “100 Wanita Paling Penting di Amerika” oleh Ladies Home Journal. Pada tahun 1985 pula, Mary Kay Ash telah tersenarai dalam “25 Wanita Paling Berpengruh di Amerika”. Pada tahun berikutnya, Mary Kay Ash telah berada dalam kalangan usahawan wanita yang diketengahkan di dalam Persekutuan Kebangsaan Perniagaan Bebas Laporan.

Mary Kay Ash juga telah diberi penghormatan oleh Presiden Reagan pada tahun 1987. The Direct Selling Education Foundation telah menganuerahkan beliau dengan Anugerah Lagenda Hidup pada tahun 1992. Pada tahun 1996 pula, beliau telah dimasukkan di dalam Junior Achievement A.S. Business Hall of Fame. Pada tahun yang sama, Mary Kay Ash telah mengasakan “Kebajikan Mary Kay Ash”.

“Anugerah Sama Keadilan” telah diterima oleh Mary Kay daripada Peekhidmatan Guaman Utara Texas pada tahun 2001 dan “Wanita Paling Cemerlang dalam Perniagaan dalam abad ke-20” dari Televisyen Sepanjang Hayat pada tahun 1999. A& E televisyen telah menghasilkan “Mary Kay” dan disiarkan di Channel Biografi pada tahun 2006. Selain Itu, Mary Kay juga telah menerima “Anugerah Usahawan Terbesar Perempuan dalam Sejarah Amerika” oleh Baylor University pada tahun 2003. Beliau juga telah menerima auerah “Dewan Pernagaan Kebangsaan Fame, Fortune pada tahun 1996. Beliau juga menerima “Anugerah Pathfinder, Persatuan Kebangsaan Wanita Perniagaan pada tahun 1995.


 Sumber :

arnold. (2009, 2 9). Retrieved from http://www.notablebiographies.com/An-Ba/Ash-Mary-Kay.html

English, L. ( 2014, 3 31). Retrieved from http://learningenglish.voanews.com/content/a-23-a-2002-04-12-4-1-83112732/120586.html

MaryKay.com. (n.d.). Retrieved from http://www.marykay.com/en-US/about-mary-kay/companyfounder/pages/about-mary-kay-ash.aspx

mayabeautyempire. (2013, 7 31). Retrieved from http://mayabeautyempire.wordpress.com/2013/07/31/jom-berkenalan-dengan-pengasas-mary-kay-3/

Wikipedia. (2014, 3 21). Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Mary_Kay_Ash

Mokhtar Pet, Noor Azman Hassan, Mohmad Asri M.Rejab (2005-2010). Pengajian Perniagaan. Selangor: Oxford Fajar.






Pantun Nasihat


Hari rabu memetik kelapa
Airnya segar hilang dahaga
Hormati Ibu juga Bapa
Agar kelak masuk syurga

Pagi raya makan lemang
Lemang sedap yang dipanggang
Waktu kecil kita ditimang
Ayah dan Ibu harus disayang

Bapa tani menanam tebu
Pembeli datang bertanya harga
Wahai anakanda hormati Ibu
Karena Ibu jalan ke syurga

Mana mungkin ada buaya
Cuba lihat menggunakan mata
Mana mungkin hidup bahagia
Jika tidak hormat pada ibu bapa

Pergi ke kedai membeli gula
Membeli gula ada dua
Kasih dan sayang orang tua
Selalu ada sepanjang masa

Orang dahulu hidup di gua
Biawak hidup di dalam rawa
Turuti perintah orang tua
Doa tiap solat jangan dilupa




Bangau terbang beriringan
Terbang jauh satu kepakan
Al Quran adalah satu pegangan
Jangan pernah sesekali dilupakan

Tari piring tari saman
Tari lilin apinya berpijar
Al Quran itu adalah pedoman
Rajin-rajinlah anakanda belajar

Mentari pagi sinarnya hangat
Berangkat kerja ke Pulau Rengat
Belajar haruslah bersemangat
Jangan tersalah pada niat

Memancing ikan diberi umpan
Agar datang si ikan toman
Ilmu ibarat kemudi sampan
Agar hidup di garis tujuan

Apa gunanya tumbuhan temu
Ramuan jamu dengan lengkuas
Bila hati dipenuhi ilmu
Jiwanya besar fikirannya luas

Sepah tebu rasanya hambar
Bila dibakar pasti berkobar
Jika engkau terus bersabar
Ilmumu pasti akan lebar

Dari mana datangnya wahyu
Kepada Nabi wahyu turun
Dari mana datangnya ilmu
Dari belajar dengan tekun

Maksud Tamadun dan Ciri-Ciri Asas Tamadun

Perkataan “Tamadun” bermaksud;

Bahasa Latin : Di dalam bahasa latin Tamadun di sebut sebagai Civitas, civilis, civis dan civilitas . Dalam erti lain Tamadun ialah  Civilization yang membawa erti  warganegara, undang-undang dan sistem pemerintahan Rom.
Bahasa Greek : Untuk bahasa greek pula tamadun di sebut sebagai Kei yang bererti kediaman seperti rumah dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.
Bahasa Inggeris : Di dalam bahasa inggeris tamadun di sebut Civilize yang membawa maksud memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan
mengikut keperluan masyarakat. Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kepada. kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
Bahasa Tamil : Menurut bahasa Tamil pula tamadun di panggil Nakarikam, Nakarikam  terbahagi  kepada 2 perkataan nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.  Nakarikam di ertikan sebagai kota yang telah di bentuk menjadi sebuah Bandar.
Bahasa Cina : Tamadun di dalam bahasa cina di sebut sebagai Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Selain itu juga tamadun merujuk kepada . unsur-unsur material dan spiritual yang. muncul daripada  pencapaian sejarah perkembangan manusia.


Ciri-ciri Asas Tamadun

1.    Penempatan yang kekal iaitu wujudnya penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu yang subur dan makmur seperti kota, bandar , kepolisan dan sebagainya.
2.    Revolusi pertanian yang pesat iaitu peningkatan hasil pertanian menggiatkan aktiviti ekonomi dan perdagangan dan sekaligus akan menyebabkan kualiti hidup dan jangka hayat meningkat.
3.    Munculnya satu sistem bahasa atau  beberapa bahasa serumpun bahasa dengan sisitem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi dan untuk menyimpan rekod.
4.    Wujudnya sistem perundangan dan sistem nilai atau moral yang berkuatkuasa.  Dengan wujudnya sistem ini, maka kehidupan beragama terwujudkan di mana pusat-pusat upacara agama dan penyembahan di wujudkan.
5.    Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.  Dengan ada sistem ini,  sistem pengkelasan berasaskan kelas dan status di wujudkan.
6.    Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi iaitu perkembangan pelbagai teknik kemahiran pekerjaan serta penciptaan teknologi moden dan peningkatan daya reka cipta  dalam bidang teknologi dan pembinaan.
7.    Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusteraan dan nilai estitika yang tersendiri.
8.    Urbanisasi iaitu kewujudan penempatan masyarakat manusia di sesuatu kawasan danberkembang menjadi Bandar.

RUJUKAN.

1.                 Tarif dan Prinsip Asas Tamadun Islam :
          http://www.slideshare.net/wanbk/2takrif-prinsip-asas-tamadun

Information Technology

      1. Describe two kind of software.
       a) System Software
The user interacts primarily with application software. System software enables the application software to interect with the computer hardware. System software is a “background” software that helps the computer manage its own internal resources.
·         Operating system are programs that coordinate computer resources, provide an interface between users and the computer, and run applications. Microsoft’s Windows 8 and Apple’s Mac OS X are two of the best-known operating system for today’s personal computer users.
·         Utilities perform specific task related to managing computer resources. One of the most essential utility programs that every computer system should have is an antivirus program. These programs protect your computer system from viruses or malicious programs that are all to often deposit on to your computer from the internet. These program can damage software and hardware, as well as compromise the security and privacy of your personal data. If your computer does not have an antivirus program installed on it, you need to get one.
·         Device drivers are specialized program designed to allow particular input or output devices to communicate with the rest of the computer system.
b  b)    Application Software
·         Might be described as end user software. Three types of application software are general-purpose, specialized and apps.


     2. Define and compare general-purpose applications, specialized applications, and mobile apps.
·         General –purpose applications are widely ased in nearly all career areas. They are the kinds of programs you have to know to be considered an efficient and effective end user.
·         Specialized application include thousand of other programs that are more narrowly facused on specific disciplines and occupations. Two of the best known are graphics and web authoring programs.
·         Mobile apps, are small programs primarily designed for mobile devices such as smarthphones and for tablet computers. There are over half a million apps. The most popular mobile apps are for social networking, playing games, and downloading music and videos.

3.     What is network? Describe the internet, web, and cloud computing.
·         Network- a group of two or more computer systems linked together.
·         Internet- is the world’s largest computer network.
·         Web- provides a multimedia interface to resources available on the internet.
·         Cloud vomputing- uses the internet and the web to shift many activities from users’s computers to computers on the internet.

LAPORAN SEMINAR CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Saya telah diberi peluang untuk menghadiri seminar berkaitan dengan isu hangat masa kini iaitu GST. Seminar ini telah membantu dan memberi pencerahan kepada semua tentang isu ini kepada negara kita.

Seminar Goods and Services Tax (GST) ini disampaikan oleh Tengku Abdul Rahman dari Kastam Ipoh Perak. Seminar ini berlangsung pada jam 9.00 pagi, 25 Mac 2015 (Rabu) dan seminar ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP4), Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Perbezaan antara GST (Goods and Services Tax) dan SST (Sales Tax and Services Tax) ialah cukai GST baru diperkenalkan pada tahun 2015 ini iaitu akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman bajet 2014. GST ini diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani masalah deficit Negara. GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di beberapa buah Negara yang melaksanakan GST. Manakala SST pula telah dilaksanakan sejak 1960 dengan pelbagai penambahbaikan.
Selain itu, GST akan dikenakan kepada semua barangan kecuali diisytiharkan tidak dicukai. Antara barangan yang tidak dikenakan cukai GST ialah barangan keperluan asas. Manakala SST pula semua barangan tidak dicukai kecuali diisytiharkan dicukai.
Bagi pelaksanaan GST, cukai akan dikenakan pada pelbagai peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna. Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan ini akan dicatatkan dan dikemaskinikan oleh pihak berkuasa. Unsur-unsur karenah birokrasi melampau, ketirisan, penyelewengan, mengelat dari bayar cukai dan kegiatan monopoli keterlaluan boleh dibenteras. Manakala bagi SST, cukai hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna sahaja. Berlaku ketirisan apabila ada segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit mengelat dari membayar cukai. Terdapat segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit tidak mengisyitiharkan atau menipu sumber dan hasil pendapatan mereka.
Semasa cukai SST dilaksanakan, ia meliputi cukai jualan 10% ditambah dengan cukai perkhidmatan sebanyak 6% dan menjadi cukai SST ialah 16%. Setelah GST dilaksanakan kelak, cukai SST sebanyak 16% akan dihapuskan dan akan digantikan dengan system cukai baru GST pada kadar 6%. GST bukanlah cukai tambahan kepada cukai sedia ada.
Sesi soal jawab dalam seminar ini tidak berjalan dengan baik. Hal ini kerana, terdapat beberapa soaln yang diajukan kepada penceramah, dan penceramah tidak mampu menjawab soalan tersebut.
Antara kebaikan GST adalah membolehkan kerajaan untuk melibatkan secara inklusif dengan semua segmen rakyat; dan mengambil kira kepentingan dan kebajikan masyarakat bagi memastikan pelaksanaan GST dapat diterima baik. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan.
Antara soalan yang diajukan kepada penceramah adalah mengenai benarkah system cukai GST ini akan dijalankan pada 1 April 2015? Tengku Abdul Rahman tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana beliau memberi jawapan bahawa beliau sendiri tidak pasti akan keadaan itu. Keadaan yang akan berlaku pada 1 April 2015 ini betul atau pun tidak.
Selain itu, soalan yang diajukan kepada beliau adalah apakah motif kerajaan melaksanakan sistem cukai GST ini?  Beliau juga tidak dapat soalan ini dengan baik. Beliau mengatakan bahawa beliau hanya menjalankan tugas untuk memberi ceramah tentang sistem cukai GST ini dan tidak tahu motif kerajaan.