Thursday, 16 April 2015

Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab

Soalan :
Pada pendapat profesor, bilakah waktu yang sesuai kita mengulang kaji dan mengingati semula pelajaran kita?

Jawapan :
Pertama sekali, sebelum kita mengulang kaji, kita perlu membuat aktiviti yang dipanggil preview. Preview adalah aktiviti mengkaji dan membaca subjek itu sebelum kuliah bermula. ini bermakna, sebelum kita hadir ke kuliah, kita perlu membaca subjek itu dahulu.
 
Orang yang normal seperti kita, perlu ada pendedahan sementara untuk setiap subjek. Elakkan daripada masuk ke dalam kelas dengan minda yang kosong. Sebaik-baiknya, kita mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan subjek yang akan disampaikan oleh guru. Semasa dalam kuliah pula, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya. Tandakan pada muka surat yang kurang kita fahami semasa kuliah itu berlangsung. Kita mudah lupa selepas kuliah apabila tidak membaca dalam tempoh 24 jam.

Pengalaman saya, pelajar tidak berjaya kerana mereka tidak mengulang kaji semula pelajaran yang mereka dapati dalam kuliah. Apa yang mereka pelajari pada pagi tadi, tidak diulang kaji pada malamnya. Sebaik-baiknya, pada malam hari yang sama, baca semula apa yang kita sudah pelajari dan buat rumusan.

Ini bermakna, kita 'makan sedikit-sedikit' rumusan itu. Apabila kita membuat rumusan, kemudian kita bincangkan, hasilnya pasti lebih kemas.

Kita perlu mengulang kaji bukan ketika mahu menghadapi peperiksan sahaja, tetapi kita mengulang kaji pelajaran pada setiap hari.

"kita menjadi lupa, sekiranya kita tidak membaca daam tempoh 24 jam"


No comments:

Post a Comment