Thursday, 16 April 2015

LAPORAN SEMINAR CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)

Saya telah diberi peluang untuk menghadiri seminar berkaitan dengan isu hangat masa kini iaitu GST. Seminar ini telah membantu dan memberi pencerahan kepada semua tentang isu ini kepada negara kita.

Seminar Goods and Services Tax (GST) ini disampaikan oleh Tengku Abdul Rahman dari Kastam Ipoh Perak. Seminar ini berlangsung pada jam 9.00 pagi, 25 Mac 2015 (Rabu) dan seminar ini bertempat di Dewan Kuliah Pusat 4 (DKP4), Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Perbezaan antara GST (Goods and Services Tax) dan SST (Sales Tax and Services Tax) ialah cukai GST baru diperkenalkan pada tahun 2015 ini iaitu akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015 berdasarkan pengumuman bajet 2014. GST ini diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani masalah deficit Negara. GST juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) di beberapa buah Negara yang melaksanakan GST. Manakala SST pula telah dilaksanakan sejak 1960 dengan pelbagai penambahbaikan.
Selain itu, GST akan dikenakan kepada semua barangan kecuali diisytiharkan tidak dicukai. Antara barangan yang tidak dikenakan cukai GST ialah barangan keperluan asas. Manakala SST pula semua barangan tidak dicukai kecuali diisytiharkan dicukai.
Bagi pelaksanaan GST, cukai akan dikenakan pada pelbagai peringkat bermula dari pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna. Semua hasil pendapatan dan perbelanjaan ini akan dicatatkan dan dikemaskinikan oleh pihak berkuasa. Unsur-unsur karenah birokrasi melampau, ketirisan, penyelewengan, mengelat dari bayar cukai dan kegiatan monopoli keterlaluan boleh dibenteras. Manakala bagi SST, cukai hanya dikenakan kepada pengilang atau pengguna sahaja. Berlaku ketirisan apabila ada segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit mengelat dari membayar cukai. Terdapat segelintir pihak pengimport, pengilang, pemborong atau peruncit tidak mengisyitiharkan atau menipu sumber dan hasil pendapatan mereka.
Semasa cukai SST dilaksanakan, ia meliputi cukai jualan 10% ditambah dengan cukai perkhidmatan sebanyak 6% dan menjadi cukai SST ialah 16%. Setelah GST dilaksanakan kelak, cukai SST sebanyak 16% akan dihapuskan dan akan digantikan dengan system cukai baru GST pada kadar 6%. GST bukanlah cukai tambahan kepada cukai sedia ada.
Sesi soal jawab dalam seminar ini tidak berjalan dengan baik. Hal ini kerana, terdapat beberapa soaln yang diajukan kepada penceramah, dan penceramah tidak mampu menjawab soalan tersebut.
Antara kebaikan GST adalah membolehkan kerajaan untuk melibatkan secara inklusif dengan semua segmen rakyat; dan mengambil kira kepentingan dan kebajikan masyarakat bagi memastikan pelaksanaan GST dapat diterima baik. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan.
Antara soalan yang diajukan kepada penceramah adalah mengenai benarkah system cukai GST ini akan dijalankan pada 1 April 2015? Tengku Abdul Rahman tidak dapat menjawab soalan ini dengan baik kerana beliau memberi jawapan bahawa beliau sendiri tidak pasti akan keadaan itu. Keadaan yang akan berlaku pada 1 April 2015 ini betul atau pun tidak.
Selain itu, soalan yang diajukan kepada beliau adalah apakah motif kerajaan melaksanakan sistem cukai GST ini?  Beliau juga tidak dapat soalan ini dengan baik. Beliau mengatakan bahawa beliau hanya menjalankan tugas untuk memberi ceramah tentang sistem cukai GST ini dan tidak tahu motif kerajaan.


No comments:

Post a Comment