Mary Kathlyn Wagner adalah
seorang ahli perniagaan Amerika yang merupakan pengasas, pengasas Mary Kay
Kosmetik. Beliau juga di kenali sebagai Mary Kay Ash. Beliau dilahirkan pada 12 Mei 1918 di Hot
Wells, Texas, Amerika Syarikat. Ibu beliau bernama Lula Vember Hastings Wagner
dan bapa beliau bernama Edward Alexander Wagner. Beliau mempunyai pendidikan di
University of Houston and John H. Reagan High School. Beliau telah mati
meninggalkan dunia ini pada 22 November 2001 di Dallas, Texas, Amerika
Syarikat.
Mary Kay Ash telah berkahwin
dengan Ben Rogers pada usia 17 tahun. Mereka mempunyai tiga orang anak. Anak beliau
bernama Richard Rogers, Marilyn Rogers dan Ben Rogerss. Namun begitu, Mary Kay
Ash bercerai dengan suaminya pada tahun 1945 setelah suaminya kembali daripada
berkhidmat dalam Perang Dunia II. Mary Kay Ash telah berkahwin dengan George
Arthur Hallenbeck selepas perkahwinan pertamanya gagal.
Sebelum beliau menjadi pengasas Mary
Kay, beliau telah bekerja untuk Stanly Home Product. Setelah itu, beliau
bersara pada tahun 1963 dan bertujuan untuk menulis sebuah buku untuk membantu
wanita dalam perniagaan. Beliau dan suami barunya telah merancang untuk membuka
perniagaan Mary Kay Cosmetics. Walau bagaimanapun, satu bulan sebelum beliau
dan suaminya melancarkan perniagaanya itu, suaminya telah meninggal dunia
akibat serangan jantung. Satu bulan selepas suaminya meninggal dunia, iaitu
pada usia 45 tahun, beliau telah memulakan perniagaan Mary Kay Cosmetics.
Syarikat itu mula beroperasi asalnya di Dallas.
Dalam perniagaan, beliau sangat
dihormati. Hal ini kerana beliau bukan sahaja terkenal dengan gelaran usahawan
yang berjaya, malahan beliau juga dikenali dengan gelaran dermawan. Beliau
mempunyai slogan yang selalu di pegang iaitu “Tuhan pertama, keluarga kedua,
kerjaya ketiga”.
Beliau berjaya dalam perniagaan
kerana beliau adalah seseorang yang mempunyai ciri-ciri seorang yang berjaya.
Antaranya adalah Mary kay Ash seorang yang proaktif. Beliau tidak akan menunggu
arahan untuk melakukan sesuatu, sebaliknya beliau akan memikirkan idea baru
untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Selain itu, beliau juga seorang
yang berusaha keras. Beliau berusaha untuk berjaya dalam perniagaan beliau.
Beliau sanggup menempuh kesusahan dan kepayahan demi mencapai kejayaan dalam
perniagaan beliau.
SEJARAH
PENDIDIKAN
Mary Kay Ash adalah seorang
wanita yang bersemangat dan berwawasan tinggi. Pengalaman hidup zaman
kanak-kanak beliau memberi satu inspirasi dan semangat untuk beliau terus
berusaha mencapai kejayaan kelak. Oleh kerana kesihatan bapanya tidak begitu
baik, ibunya lah yang bekerja selama 14 jam sehari di sebuah restoran makanan
tempatan untuk menyara keluarganya. Ibunya sentiasa memberi kata-kata semangat
kepada beliau, “anda boleh melakukannya”. Itulah kata-kata yang sentiasa
diberikan kepada beliau.
Mary Kay Ash mendapat
pendidikannya di John H. Reagan High School. Beliau seorang yang rajin dan
bersemangat untuk belajar sesuatu yang baru. Dengan pengalaman hidup yang
dilalui, beliau belajar bersungguh-sungguh dan bertekad untuk mengubah hidupnya
yang susah menjadi lebih baik.
Setelah lulus pada peringkat
sekolah tinggi, beiau layak meneruskan pembelajarannya di University of
Houston. Beliau adalah seorang pelajar yang berdaya saing dalam setiap apa yang
beliau lakukan di universitinya. Beliau juga adalah seorang yang melakukan
setiap kerja dan tugasan beliau dengan baik. Beliau juga sering mengikuti
program-program pengucapan awam dan debat.
Beliau mempelajari mengenai dunia
perniagaan dengan pengalaman beliau bekerja sebagai penjual pelbagai jenis
produk. Mula-mula beliau menjual buku-buku. Kemudian, beliau melawat
rumah-rumah rakyat untuk menunjukkan produk penjagaan rumah. Mary Kay Ash
belajar dari pengalaman beliau. Semasa beliau bekerja, penyelia beliau memuji
kerjanya, tetapi beliau tidak dinaikkan pangkat. Malah, pekerja lelaki yang
dinaikkan pangkat. Oleh itu, Mary Kay Ash percaya bahawa lelaki tidak percaya
wanita boleh berjaya dalam perniagaan.
JATUH DAN BANGUN
Mary Kay Ash membuka kedai
pertamanya di Dallas, Texas, pada 1963. Ash memulakan syarikatnya apabila
beliau telah bersara daripada bekerja dibawah arahan orang. Dua tahun kemudian,
pada 1965 , syarikat itu telah menjual hampir satu juta dolar produk . Mary Kay
pernah berkata bahawa kejayaan datang cepat kerana dia tidak mempunyai masa
untuk dibazirkan. Semasa beliau memulakan perniagaan beliau berusia empat puluh
lima tahun. Oleh itu, masa yang ada tidak boleh di sia-siakan.
"Saya seperti seorang ibu yang mahu memberikan
anak-anaknya perkara yang dia tidak ada," beliau mengaku dalam People.
"Saya mahu memulakan sebuah syarikat di mana seorang wanita biasa menjadi seorang wanita
yang luar biasa”. Syarikat yang dibina ini adalah menjual pruduk penjagaan kulit.
Pada awalnya, Mary Kay Ash memilih sembilan wakil jualan untuk menjual produk
Mary Kay Cosmetic.
Wakil-wakil jualan adalah pekerja
bebas. Mereka membeli produk daripada syarikat dan menjual semula dengan harga
yang lebih tinggi kepada para pelanggan baru. Mary Kay memutuskan bahawa setiap
wakil yang membawa wanita jualan lain ke dalam syarikatnya,mereka akan menerima
sebahagian daripada pendapatan orang yang baru. Dengan cara itu, wakil jualan
yang mempunyai pengalaman akan bersedia untuk membantu melatih ahli baru dalam
perniagaan tersebut.
Mary Kay adalah seorang yang
prihatin. Beliau memberitahu pekerja-pekerja wanita beliau bahawa mereka perlu
mengutamakan Tuhan. Kedua keluarga dan etiga kerjaya mereka. Mary Kay Ash juga
memberitahu bagaimana untuk menjadi seorang isteri da ibu yang baik. Pada masa
yang sama beliau juga memberitahu bagaimana cara untuk mengecapi kejayaan dalam
kerjaya mereka.
3.0
CABARAN YANG DIHADAPI DAN CARA
MENGATASI
Mary Kay Ash telah menghadapi pelbagai cabaran untuk beliau
menempah kejayaan sebagai wanita yang sangat berjaya. Antara cabaran yang
beliau hadapi adalah etika usia beliau masih lagi kanak-kanak. Kesusahan
keluarga sangat mencabar untuk beliau meneruskan hidup. Ketika usia beliau
masih kecil, beliau berada dala keadaan keluarga yang susah. Bapa beliau lumpuh
dan tidak dapt menara keluarga. Ibunya pula yang terpaksa bekerja kuat untuk
menyara keluarga. Ibu beliau bekerja selama 14 jam sehari di restoran. Urusan
di rumah seperti memasak, mengemas rumah dan sebagainya adalah tugas beliau.
Selain itu, cabaran lain yang di hadapi adalah semasa beliau
bekerja di bawah arahan orang lain. Budaya dunia perniagaan yang didominasi
oleh lelaki menjadi cabaran besar buat beliau. Semasa beliau bekerja sebagai
penjual produk dari rumah ke rumah, beliau telah mendapat pujian yang bagus
daripada pengurus beliau. Namun begitu, seorang lelaki yang di ajar oleh beliau
di naikkan pangkat dan gajinya lebih tinggi dari gaji beliau. Oleh iu, beliau
mengambil keputusan untuk bersara awal.
Selepas bersara, Mary Kay Ash menulis panduan kerjaya yang
akan membantu wanita lain mengelakkan perangkap kehidupan bekerja yang telah
dicemari. Beliau mula membuat nota dari semua pengalaman negatif beliau dalam
dunia perniagaan. Selain itu, beliau juga menulis pengalaman positif yang
mungkin membuatkan produktiviti lebih baik dan membuat pekerja lebih yakin.
Dalam tempoh seminggu, satu pelan tindakan untuk jualan langsung
syarikat-syarikat telah disiapkan oleh beliau. Kemudian, idea untuk memulakan
syarikat sendiri dalam perniagaan jualan langsung ini tercetus dalam mindanya.
Sebulan sebelum perniagaan Mary Kay di tubuhkan, suaminya
meninggal dunia akibat serangan jantung di meja makan sewaktu sarapan. Peguam
beliau tidak menggalakkan beliau daripada meneruskan rancangan perniagaannya.
Hal ini kerana, Mary Kay Ash tidak memberikan perhatiannya terhadap
perniagaannya. Apa yang ada dalam fikirannya adalah kesedihan terhadap
pemergian suaminnya. Namun begitu, pada 13 september 1963, beliau telah berjaya
melancarkan Produk Kecantikan Mary Kay.
Produk Mary Kay kini semakin
dikenali ramai. Ramai pelanggan yang telah mencubai set kosmetik Mary Kay ini.
Ramai juga yang sangat berpuas hati dengan keberhasilan menggunakan produk Mary
Kay ini. Produk Mary Kay ini lebih khusus untuk produk penjagaan kulit untuk
kaum wanita. Oleh sebab itu, produk Mary Kay ini sememangnya telah berkembang
pesat.
Syarikat Mary Kay telah menjual
produk bernilai satu juta dolar dalam tempoh dua tahun. Kejayaan ini berlaku
selepas Mary Kay Ash di temuduga di CBS’s 60 minutes. Beliau memohon strategi
memberi insentif lebih baik kepada pekerja. Stategi ini berhasil dan menjadi
salah satu sebab kejayaan syarikat Mary Kay.
Selain itu, Mary Kay Ash juga
telah berjaya menulis tiga buah buku paling laris semasa hayatnya. Antaranya
adalah Autobiografi beliau “Mary Kay” telah terjual lebih daripada satu juta
salinan dan telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa. Selain itu, “Mary Kay on
People Management” juga adalah jualan buku terbaik yang telah dimasukkan ke
dalam kursus-kursus perniagaan di Harvard Business School. Buku lain yang turut
laris jualannya adalah buku “You Can Have It
All”.
Mary Kay Ash telah menubuhkan “Kebajikan Mary Kay Ash” pada
tahun 1996. Objektif utama yayasan ini
ditubuhkan adalah untuk mengumpul dana bagi memerangi keganasan rumah tangga
dan kanser.
Pada tahun 2001, anak lelaki
beliau iaitu Richard Rogers menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay Inc. Pada
waktu itu, syarikat itu memunyai lebih 800,000 wakil di 37 buah negaradengan
jumlah jualan tahunan lebih $ 2 billion pada jualan runcit.
ANUGERAH DAN PENGHARGAAN
Mary Kay Ash telah banyak menerima pujian daripada kumpulan
perniagaan. Beliau juga telah menerima Anugerah Alger Horatio. Pada tahun 1966,
Mary Kay Ash telah di masukkan ke dalam Pencapaian Junior Dewan Perniagaan AS. Pada
tahun 1980 pula, Mary Kay WASD telah menerima Anugerah Plat Emas, Pencapaian
Akademi Amerika.
Selain itu, pada tahun 1983, Mary Kay Ash telah disenaraikan
sebagai “100 Wanita Paling Penting di Amerika” oleh Ladies Home Journal. Pada
tahun 1985 pula, Mary Kay Ash telah tersenarai dalam “25 Wanita Paling
Berpengruh di Amerika”. Pada tahun berikutnya, Mary Kay Ash telah berada dalam
kalangan usahawan wanita yang diketengahkan di dalam Persekutuan Kebangsaan Perniagaan Bebas Laporan.
Mary Kay Ash juga telah diberi
penghormatan oleh Presiden Reagan pada tahun 1987. The Direct Selling Education
Foundation telah menganuerahkan beliau dengan Anugerah Lagenda Hidup pada tahun
1992. Pada tahun 1996 pula, beliau telah dimasukkan di dalam Junior Achievement
A.S. Business Hall of Fame. Pada tahun yang sama, Mary Kay Ash telah mengasakan
“Kebajikan Mary Kay Ash”.
“Anugerah Sama Keadilan” telah
diterima oleh Mary Kay daripada Peekhidmatan Guaman Utara Texas pada tahun 2001
dan “Wanita Paling Cemerlang dalam Perniagaan dalam abad ke-20” dari Televisyen
Sepanjang Hayat pada tahun 1999. A& E televisyen telah menghasilkan “Mary
Kay” dan disiarkan di Channel Biografi pada tahun 2006. Selain Itu, Mary Kay
juga telah menerima “Anugerah Usahawan Terbesar Perempuan dalam Sejarah
Amerika” oleh Baylor University pada tahun 2003. Beliau juga telah menerima
auerah “Dewan Pernagaan Kebangsaan Fame, Fortune pada tahun 1996. Beliau juga
menerima “Anugerah Pathfinder, Persatuan Kebangsaan Wanita Perniagaan pada
tahun 1995.
arnold.
(2009, 2 9). Retrieved from
http://www.notablebiographies.com/An-Ba/Ash-Mary-Kay.html
English, L. ( 2014, 3 31). Retrieved from
http://learningenglish.voanews.com/content/a-23-a-2002-04-12-4-1-83112732/120586.html
MaryKay.com. (n.d.). Retrieved from
http://www.marykay.com/en-US/about-mary-kay/companyfounder/pages/about-mary-kay-ash.aspx
mayabeautyempire. (2013, 7 31). Retrieved from
http://mayabeautyempire.wordpress.com/2013/07/31/jom-berkenalan-dengan-pengasas-mary-kay-3/
Wikipedia. (2014, 3 21). Retrieved from
http://en.wikipedia.org/wiki/Mary_Kay_Ash
Mokhtar Pet, Noor Azman Hassan,
Mohmad Asri M.Rejab (2005-2010). Pengajian Perniagaan. Selangor: Oxford Fajar.
No comments:
Post a Comment